Hantar Manuskrip

Lili lebih percaya kepada pencerita yang tahu apa kepentingan mee segera di hujung bulan.

Pencerita yang kritis akan setiap apa yang berlaku dalam kehidupan seharian.

Pencerita yang konflik ceritanya tidak hanya terikat dengan percintaan, perkahwinan dan isu picisan berbulan madu.

Di Lipur Lara, Lili percaya yang cerita adalah penipuan; penipuan yang sepatutnya membawa pembaca lebih dekat kepada kebenaran.

Adakah cerita awak mewakili kebenaran yang Lili cari?

Lili sedang mencari cerita realisme untuk diterbitkan. Terbangkan tiga bab awal atau 4000 perkataan pertama dengan tajuk,

Saya ada cerita untuk Lili.

info@rumahlipurlara.com