Buku-Buku Terbaru September 2017

Buku-Buku Terbaru September 2017

Selamat datang September 2017! Nak dapatkan senarai buku terbaru September 2017 sebelum ke KL Lepark atau ke mana-mana kedai buku berdekatan?

Bagi mereka yang terlepas, boleh klik di bawah untuk tahu senarai buku yang telah diterbitkan dalam bulan-bulan sebelumnya.

Link ke artikel Buku-Buku Terbaru Januari 2017

Link ke artikel Buku-Buku Terbaru Februari 2017

Link ke artikel Buku-Buku Terbaru Mac 2017

Link ke artikel Buku-Buku Terbaru April 2017

Link ke artikel Buku-Buku Terbaru Mei 2017

Link ke artikel Buku-Buku Terbaru Jun 2017

Link ke artikel Buku-Buku Terbaru Julai 2017

Link ke artikel Buku-Buku Terbaru Ogos 2017

1. Cari Perhentian Di Mana Nak Berhenti

Karya Zauriey Zulkifli

Cari Perhentian Di Mana Nak Berhenti

Tengok cover buku Lili ni je, Lili dah jatuh hati. Kata orang, penulis bernama Zauriey Zulkifli ini adalah seorang anak Pulau Perhentian yang hebat dalam menulis dari hati. Itu kata orang lah. Penulisnya juga sarankan pembaca untuk hadiahkan buku ini kepada bekas makwe dan pakwe.

2. Noktah Terjahit

Karya Nik Nur Madihah

Noktah Terjahit

Nik Nur Madihah kini kembali, dengan buku sulung catatan hati. Tentang seorang anak yang membesar tanpa pengalaman berpisah dari keluarga, lalu membawa diri ke padang sahara, berhenti dan bermusafir pula ke benua Eropah untuk meneruskan perjalanan pengajian.

3. Ambivalen

Karya Faiz Ibrahim

Ambivalen

Buku kelima daripada personaliti Twitter @thefaizibrahim, novel ini mengisahkan seorang bernama Hafiz yang menghidapi Multiple Personality Disorder. Mampukah Hafiz mengawal kehidupannya daripada dirampas oleh personalitinya yang lain?

4. Pendosa Dulu Kini Dan Selamanya

Karya Tajul Zulkarnain

Pendosa Dulu Kini Dan Selamanya

 

5. Lemoi Praaq

Karya Bungo Lale

Lemoi Praaq

Selepas bestseller PBAKL2016 Lemoi, buat yang ternanti-nantikan tulisan cikgu Bungolale dari tanah tinggi, bolehlah dapatkan Lemoi Praaq. Kedua-dua buku Bungolale ini berkisar tentang pengalaman seorang guru wanita yang bertugas di sebuah perkampungan Orang Asli.

6. Kerana Cinta Aku Derhaka

Karya Syed Azharul Asriq

Kerana Cinta Aku Derhaka

Ini bukan calang-calang travelog, tetapi sebuah travelog kembara sejarah, menjejak sejarah Johor lama. Bukankah sejarah itu adalah cinta?

Aktiviti Lili Bulan Ini

Malam Baca Puisi ITBM-DBP-PENA: https://goo.gl/xWSUpa

KL Lepark 2017: https://goo.gl/haP3ZY

KL Lepark

Facebook Comments

Tinggalkan Jawapan