Buku Terbaik 2017, mengikut Goodreads. Setakat ini.

Ya, kita sudah pun sampai ke penggal kedua 2017. Apakah buku terbaik 2017 yang awak dah baca setakat ini?

Untuk menjimatkan masa dan duit awak, Lili sudah pun senaraikan buku-buku terbaik yang diterbitkan dalam tahun 2017, setakat ini.

Senarai ini berdasarkan rating Goodreads setiap buku dan haruslah mempunyai sekurang-kurangnya 25 ratings.

10. Amsterdam

Goodreads: 3.98

Karya Fahmi Mustaffa

Mula menimbulkan kontroversi apabila diumumkan bahawa buku ini hanya akan dijual di PBAKL 2017, ternyata ramai peminat-peminat Fixi dan Fahmi Mustaffa sendiri tidak mahu melepaskan peluang untuk memiliki salah satu salinan karya ini.

Pembaca-pembaca Amsterdam telah terbahagi kepada dua kelompok; yang betul-betul jatuh cinta dan yang betul-betul benci. Dan ini semestinya telah disebabkan keberanian penulis untuk menulis tentang topik-topik yang taboo.

9. Alegori Rumah Api

Goodreads: 4.04

Karya Mat Luthfi

Matluthfi Alegori Rumah Api

Siapa lah yang tidak kenal Mat Luthfi sebagai penulis dan YouTuber bukan? Buku ini memuatkan 38 buah tulisan multigenre – cerpen, artikel,alegori, esei dan coretan pengalaman. Mengikut pengguna-pengguna Goodreads, cerpen-cerpen beliau lebih menarik hati daripada isian-isian beliau lain yang terdapat dalam buku ini.

8. Sejadah

Goodreads: 4.06

Karya Saat Omar

Sejadah

Antara novel terawal tahun 2017, ternyata karya ini berjaya bersaing dengan banyak karya-karya lain yang keluar selepas beliau. Komentar sosial Saat Omar tentang agama dan manipulasi agama untuk politik sememangnya relevan untuk masa kini dan mungkin lebih lama lagi di masa depan.

7. Pengembaraan Laki-Laki Scorpio

Goodreads: 4.06

Karya Hadi M. Nor

Pengembaraan Laki-Laki Scorpio

Ya, ramai yang mengatakan ini pengembaraan yang tapi seronok dibaca. Penulis Hadi M. Nor telah memanipulasikan cerita-cerita dongeng/mitos/urban yang kita biasa dengar, dan setiap bab dibahagi kepada setiap peristiwa pelik yang terjadi. Bersedialah untuk penat tertawa.

6. Kampus

Goodreads: 4.06

Karya Syafiq Aizat

Kampus Syafiq Aizat

Keistimewaan Syafiq Aizat terletak dalam kebolehan beliau mengolah cerita dengan santai dan sarkastik pada masa yang sama. Ada yang kata Kampus ini lebih santai daripada trilogi Ajaib beliau yang sebelumnnya, ada juga yang kata karya terbaru beliau ini sememangnya lebih matang.

Yang pasti, untuk peminat-peminat setia beliau, karya Syafiq Aizat tidak pernah mengecewakan.

5. Nadi

Goodreads: 4.19

Karya Pasha

Nadi_cover

Nadi telah dikatakan oleh salah seorang pengguna Goodreads sebagai sebuah naskhah romantik yang manisnya semanis Stevia. Kisah cinta yang mudah antara seorang wanita bisu dan seorang lelaki garang, Nadi dikategorikan sebagai sebuah naskhah susah nak letak bawah sampai dihabiskan pembacaan.

 

 

4. Breathe

Goodreads: 4.49

Karya Beni Rusani

Breathe Dr Beni

Personaliti Twitter yang dikenali sebagai Dr Beni kembali dengan karya fiksyen berbanding karya-karya bukan fiksyen yang sebelumnya dan Breathe telah digelar sebagai novel perubatan pertama di Malaysia.

Sesuai untuk setiap jenis pembaca yang sukakan cerita yang menyayat hati dan menyentuh perasaan, walaupun genre perubatan bukan sesuatu yang sering awak baca.

3. Jika Aku

Goodreads: 4.5

Karya Anna Lee

Jika Aku_cover

Ramai pembaca mengatakan hasil nukilan penulis Anna Lee memang dah tak boleh nak disangkal lagi kehebatannya, terutama dalam memanipulasi minda pembaca. Dialog yang ada dalam novel terdahulu Hello It’s Me telah membuat pembaca tertunggu-tunggu siapakah Teja.

Teja adalah seorang gadis yang kesepian dalam kebingitan. Kenapa bingit? Kerana dia adalah seorang gadis yang mampu mendengar fikiran orang lain.

2. Arkitek Jalanan

Goodreads: 4.52

Karya Teme Abdullah

Arkitek Jalanan

Karya kedua Teme Abdullah bertajuk Arkitek Jalanan ini telah menjadi tumpuan terbesar di PBAKL 2017 dan sold out sebelum acara berakhir.

Menggunakan formula motivasi, inspirasi dan persahabatan, Teme Abdullah berjaya sekali lagi memuaskan hati pembaca-pembaca.

1. Wizra

Goodreads: 4.94

Karya Ahmad Patria Abdullah

Wizra Ahmad Patria

Susulan dari buku pertama Kronika Nashan bertajuk Aristokra, naratif cerita dikatakan sama hebat dan menggunakan teknik cerita dalam cerita. Jika Aristokra lebih menumpukan kepada sejarah Nashan dan peranan yang dimainkan oleh pengasasnya, Shilrung, Wizra pula menumpukan kepada watak karmawizra, Nazril.

Facebook Comments

Tinggalkan Jawapan