Dua Buku Harry Potter Baru Bakal Diterbitkan?

Buku Harry Potter Baru

Terkejut bila dapat tahu yang dua buku Harry Potter baru bakal diterbitkan. Teringat masa kali terakhir layan Harry Potter – which is, semalam. Masa baca article di laman web Pottermore.

Pottermore

Buku Harry Potter baru

Dekat atas tu adalah gambar muka surat pertama novel Harry Potter And The Deathly Hallows aku yang aku baca kali pertama masa masih dibangku sekolah. Masa baca, dictionary mesti ada dekat sebelah. Nampak tak betapa gigihnya aku nak fahamkan buku ni? Imagine macam mana aku habiskan buku yang ada 607 muka surat ni?

Sebab apa? Sebab Harry Potter.

Sebab dunia imaginasi ciptaan J.K. Rowlings yang buat setiap manusia yang baca ikut sama berada di Hogwarts. (Dan The Burrow, The Hogsmeade, Diagon Alley, Minister of Magic, hutan tempat Hermione camping dengan parents dia, Malfoy Manor, dan banyak lagi.)

Sehingga hari ini, impak Harry Potter masih kuat. Dalam diri aku, dan kalian para muggles.

Tapi, tak cukup dengan dengan Fantastic Beasts and Where to Find Them, dua buku Harry Potter baru akan diterbitkan Oktober ni!

Nikmat Tuhanmu yang manakah hendak kamu dustakan lagi?!

Kalau tak percaya, boleh baca dekat sini.

Sebagai seorang kipas-susah-mati, berita ni umpama bantal yang disorongkan kepada aku yang tengah mengantuk.
Tapi sebagai seorang yang rasional dan ahli rumah Ravenclaw (ya, aku bijak), aku percaya pada konsep wu ji bi fan (物極必反). Atau bahasa mudahnya, terlalu banyak benda baik boleh membawa kepada benda buruk.

Bukti aku rumah Ravenclaw. Tengok Patronus aku, naga!

Dua buku Harry Potter baru yang bakal diterbitkan adalah Harry Potter: A History of Magic, The Book Of the Exhibition dan Harry Potter, A Journey Through a History of Magic.

Harry Potter: A History of Magic, The Book Of the Exhibition

Buku ni dikatakan akan menyentuh mata pelajaran yang diajar di Hogwarts. Adakah bermakna seluruh syllabus tahun satu ke tahun akhir semua subjek pelajaran akan ada dalam buku ni? Adakah dengan membaca buku ni aku boleh lulus ujian O.W.L.s dan N.E.W.T.s?

Itu tak tahu lagi. Tapi kalau betul, memang aku akan beli. Harapnya ada sekali kertas soalan ramalan O.W.L.s dan N.E.W.T.s.

Kalau sekadar sejarah sihir-sihir tu, mungkin aku tak berminat.

Harry Potter: A Journey Through a History of Magic

Buku ni pula dikatakan akan bawa pembaca untuk mengetahui lebih mendalam tentang sihir-sihir yang digunakan dan ahli sihir yang menggunakan sihir-sihir tersebut. Sekali dengan makhluk-makhluk ajaib yang ada. Yang ini aku tak berapa pasti apa yang perlu aku expect. Mungkin korang yang jenis nak tahu sebab dan akibat dunia sihir ni berminat untuk tahu. Untuk aku, mungkin ya dan mungkin tak. Bergantung pada apa isi dan design buku ni.

Pendapat peribadi

Apa yang merisaukan aku adalah, dua buku ni bukannya berunsur cerita, tapi berbentuk fakta mengenai dunia Harry Potter. Hari ini, ada terlalu banyak bahan bacaan yang menerangkan tentang dunia Harry Potter, macam siri Harry Potter Ruled Jurnal.

Bukan itu sahaja, laman Pottermore pun dah beri maklumat yang banyak pasal dunia sihir ni. Harap-harap apa yang bakal diterbitkan ni merangkumi benda-benda yang belum pernah kita tahu sebelum ni.

Persoalan utamanya, adakah aku excited? Semestinya!

Adakah aku akan beli? Bergantung pada isi bukunya. Dan harga.

Ini adalah pendapat mereka di Twitter.

Korang macam mana?

Facebook Comments

Tinggalkan Jawapan