Buku-Buku Terbaru Ogos 2017

Selamat datang Ogos 2017! Nak dapatkan senarai buku terbaru Ogos 2017 sebelum ke Kuala Lumpur Alternative Bookfest atau ke mana-mana kedai buku berdekatan?

Bagi mereka yang terlepas, boleh klik di bawah untuk tahu senarai buku yang telah diterbitkan dalam bulan-bulan sebelumnya.

Link ke artikel Buku-Buku Terbaru Januari 2017

Link ke artikel Buku-Buku Terbaru Februari 2017

Link ke artikel Buku-Buku Terbaru Mac 2017

Link ke artikel Buku-Buku Terbaru April 2017

Link ke artikel Buku-Buku Terbaru Mei 2017

Link ke artikel Buku-Buku Terbaru Jun 2017

Link ke artikel Buku-Buku Terbaru Julai 2017

1. Tempur Terus: Nota-nota Karya Saya

Karya Fathullah Luqman Yusuff

Tempur Terus

2. Stereograf

Karya Ridhwan Saidi

Stereograf

Wajib didapatkan oleh semua peminat Ridhwan Saidi, Stereograf adalah himpunan esei yang merangkumi beberapa aspek spektrum kehidupan.

3. Amok at Chow Kit

Karya Syahril A. Kadir

Amok At Chow Kit

Jika awak belum mendapatkan karya Konfesi Prebet Adam dan ingin membacanya dalam Bahasa Inggeris, Amok At Chow Kit adalah buku untuk awak. Katanya, ini adalah sebuah karya agung yang dapat membersihkan nama Almarhum Sultan Iskandar yang dituduh membunuh adik Pre­bet Adam dalam satu kejadian amuk di Chow Kit pada 1987.

4. The Tudung Anthology

Karya Erna Sharida, G. Zachary, Aina Izzah, Hezreen Abdul Rashid, Amanda Lim, Khadijah Khalid, Masami Mustaza, Angelina Bong, Az Karim, Anonymous, Alina Burner, Phoenix Li, Shaf Ghani, Steff Fleur, Ruzy Mohamed, Atikah Abdul Wahid, Anusha VR, Adibah Abdullah, Raja Ummi Nadrah, Leela Chakrabarty, Mimi Salleh dan Nurul Najwa Solehah.

The Tudung Anthology

Buku kedua selepas terbitan Letters to Home, Matahari Books kini kembali dengan The Tudung Anthology. Menampilkan 20 orang penulis wanita dan 0 penulis lelaki. Akan dilancarkan di KL Alternative Bookfest.

5. Katastrofe

Karya Fernanda Rochman Ardhana

Katastrofe

Fernanda Rochman Ardhana adalah seorang penulis muda dan ahli medik dari Indonesia yang menulis beberapa cerita pendek yang telah pun diterbitkan di surat-surat khabar Indonesia dan juga Malaysia.

Katastrofe menawarkan sisi gelap duniawi disusuli gaya bahasa Indonesia yang Terbitan Langit kekalkan bagi menjaga keaslian karya.

6. Why Adults Need Play too: How I Learnt to be Creative through Play

Karya Andrea Tan

Why Adults Need Play Too

7. Permata Laut Silan

Karya Aemir Khalid dan Anshari

Permata Laut Silan

8. Budak Meja Belakang

Karya Shah Ibrahim

Budak Meja Belakang

Jika buku Cikgu Kelas Sebelah bercerita tentang kisah-kisah yang berlaku dalam alam persekolahan dan pendidikan dari perspektif seorang guru, buku Budak Meja Belakang ni pula akan bercerita dari perspektif seorang murid atau pelajar.

Barulah adil, kan? Takkan nak dengar cerita daripada pihak cikgu je, kita dengar pulak cerita daripada murid tu sendiri

9. J

Karya Syahmi Fadzil

J Syahmi Fadzil

Roman Buku dan Syahmi Fadzil kembali dengan sebuah novel tentang kematian, kesepian dan muzik. Lili tertanya-tanya, genre muzik apakah yang sesuai didengar sambil membaca novel ini? Juga akan dilancarkan di KL Alternative Bookfest.

Aktiviti Lili Bulan Ini

KL Alternative Bookfest (KLAB): https://goo.gl/Si77Zd

KL Alternative Bookfest 2017

TintaBudi  Bookshop Official Launch: https://goo.gl/QTM9Gy

Tintabudi

Facebook Comments

Tinggalkan Jawapan