Buku-Buku Terbaru Jun 2017

Buku Terbaru Jun 2017

Selamat datang Jun 2017! Harap semua urusan awak beribadah di bulan Ramadhan berjalan dengan lancar. Mesti laju je kan baca buku sementara tunggu berbuka puasa? Jom cuci mata tengok senarai buku terbaru Jun 2017 untuk dibeli dengan duit raya awak nanti.

Bagi mereka yang terlepas, boleh klik di bawah untuk tahu senarai buku yang telah diterbitkan dalam bulan-bulan sebelumnya.

Link ke artikel Buku-Buku Terbaru Januari 2017

Link ke artikel Buku-Buku Terbaru Februari 2017

Link ke artikel Buku-Buku Terbaru Mac 2017

Link ke artikel Buku-Buku Terbaru April 2017

Link ke artikel Buku-Buku Terbaru Mei 2017

1.Before We Forget (The Kid From The Big Apple 2)

Karya Michelle Yoon

Before We Forget

Awak jangan terliur tengok gambar mooncake tu pulak! Novel Before We Forget ini telah diadaptasikan daripada skrip sekuel kepada filem The Kid From The Big Apple. Lili dah tanya abang Fixi kita, katanya, awak tak perlu baca atau tonton filem pertama untuk baca novel ini.

2. Pemakanan: Sains Dan Penerapannya

Karya Smolin & Grovesnor

Pemakanan ITBM

Buku ini menyediakan pelbagai info berguna seperti panduan dari rak dan daripada label, rajah-rajah yang interaktif, dan pelbagai jadual yang mudah difahami. Ketahui rujukan mudah yang sesuai bagi sesiapa yang ingin mengamalkan diet sihat dan kekal cergas bertenaga semasa berpuasa!

3. Cikgu Kampung

Karya Shahidan Shuib

Tulisan yang ditulis dengan cermat tentang kehidupan seorang guru. Kisah yang selama ini hanya guru sejati yang mengalaminya, kini dikongsi untuk semua. Dan benarlah seperti kata penulis, seorang guru banyak belajar daripada muridnya sendiri.

Facebook Comments

Tinggalkan Jawapan