Buku-Buku Terbaru Julai 2017

Selamat datang Julai 2017! Lili tahu awak masih tak puas sakan beraya lagi. Nak tahu buku terbaru Julai 2017 yang boleh dibeli dengan duit raya yang awak baru dapat tu?

Bagi mereka yang terlepas, boleh klik di bawah untuk tahu senarai buku yang telah diterbitkan dalam bulan-bulan sebelumnya.

Link ke artikel Buku-Buku Terbaru Januari 2017

Link ke artikel Buku-Buku Terbaru Februari 2017

Link ke artikel Buku-Buku Terbaru Mac 2017

Link ke artikel Buku-Buku Terbaru April 2017

Link ke artikel Buku-Buku Terbaru Mei 2017

Link ke artikel Buku-Buku Terbaru Jun 2017

1. Gantung 2

Karya Nadia Khan

Sekuel yang dinanti-nanti semenjak empat tahun yang lalu, the Musketeers kini kembali. Awak jangan lah jadi antara orang yang tanya abang-abang Fixi samada Gantung 2 ni adalah sekuel kepada Gantung pula. Nadia Khan ingin tujukan buku terbarunya ini kepada semua yang telah menyokong Gantung.

2. Rahsia

Karya Faizal Sulaiman

Novel keempat Faizal bersama Fixi bertajuk Rahsia ini adalah hasil impian beliau untuk menghasilkan sebuah cerita bergenre seram. Kenapa Rahsia? Mudah, sebab novel ini penuh dengan rahsia.

3. E is for Elephant

Karya Yusof Gajah

E is for Elephant

Yusof Gajah sukakan gajah-gajah dan huruf-huruf, begitu juga Lili. Awak pasti dapat menarik perhatian adik-adik atau anak-anak untuk belajar ABC.

4. Men Are Dicks

Karya Lily G

Men Are Dicks

Ditulis dalam Bahasa Inggeris, buku ini mengandungi anekdot-anekdot tentang lelaki dan hasil pemerhatian terhadap kaum lelaki. Kesimpulannya? Men are dicks, kecuali sesiapa yang membaca buku ini.

5. J

Karya Syahmi Fadzil

J Syahmi Fadzil

Roman Buku dan Syahmi Fadzil kembali dengan sebuah novel tentang kematian, kesepian dan muzik. Lili tertanya-tanya, genre muzik apakah yang sesuai didengar sambil membaca novel ini?

6. Hipotesis Lunar

Karya Lokman Hakim

Hipotesis Lunar

Peminat-peminat setia Lokman Hakim pasti akan teruja dengan berita tentang buku terbaru beliau bertajuk Hipotesis Lunar ini. Jadilah 200 pembeli naskhah pertama untuk mendapatkan tandatangan daripada beliau.

7. Tautan Kasih di Aidilfitri

Karya Nojie, Nur Mayani, Syaf Asriqa, Ai Indah, Idora Darwina, Iman Najwa, Ayra Awatif, Nurharyati Ishak, Syina Hamdan, Waisya Carissa, Nueen Teratak Kasih, Nurassyi, Lily Kaltsum, Engku Muhazadin, Xenia Zidane, Azizah Ami, Aii Fariza, Ruby Nur Airis, Aida Adia, Zuyyin Areesa, Rose Aleyna, Rissa Ahdiya, Ayatul Husna, Zhar Arusi, Cik Amal, Arsya Aisya, Ariyya Miruza, Alia Husna, Umie Nadzimah dan Lynn Dayana.

Tautan Kasih di Aidilfitri

Diterbitkan khas untuk sebuah projek amal, buku yang mengandungi 30 cerpen daripada 30 orang penulis ini akan hanya dicetak sebanyak 500 naskhah. Sumbangan akan disalurkan kepada anak-anak istimewa di wad pediatrik.

8. Asrama 2

Karya Muhammad Fatrim

Asrama 2

Wah nampaknya ini bulan yang sungguh mengujakan buat peminat-peminat Fixi. Kita bukan ada sekuel kepada Gantung saja bulan ni, tapi Asrama (buku terlaris Fixi) juga akan mendapat sekuelnya hujung bulan nanti.

Dan tidak, ini bukan berdasarkan cerita sebenar Lili ya. Ejaan nama Lili bukan Lily.

9. Bingit

Karya Jeehan

Bingit

Terus terang Lili dah lupa pun ada pertandingan novel Singapura yang dianjurkan haritu. Hmm daripada sinopsis buku, buku ni mungkin akan mengingatkan Lili dengan dialog-dialog dalam filem KL Gangster dan KL Gangster 2.

Adakah penulis membayangkan Aaron Aziz sebagai watak utama novel ni?

Facebook Comments

Tinggalkan Jawapan